Friday, September 14, 2012

mengamuk lagi

adeh...baca tajuk pon macam drama je kan. memang sangat drama pon.
semenjak dania pindah taska tiap2 hari dia akan merengek tak nak pegi taska dan asek2 nak ngikut Ummi nye pegi keja.
bila dah hari2 memang bole naik meroyan melayan karenah dania ni.pastu badan akan rasa kepenatan yang amat sebab nak melayan kehendak dia.
kawan-kawan di luar sana boleh beri tips macam mana nak menghadapi situasi ni?
bila check ngan cikgu dia, sume ok. nak query or syak lebih2 pon rasa apa yang cikgu tu laporkan boleh diterima. sebab bila waktu balik muka ceria je. kalau betul2 taska tak seronok mesti la budak pon akan moody sampai ke petang kan.
situasi ni akan jadi melarat-larat bila saya bercuti lama.contohnya cuti raya yang lepas.
bila masuk je hari isnin, pukul 5 pagi lebey dania dah bangun nangis beria2 tak nak ke taska. rasanya satu taman boleh dengar suara dia. dan sampai la ke minggu ini pon tak abes2 lagi.

itu la kadang2 rasa terfikir juga. betul ke pilihan kita untuk makan gaji. bila dah menghadapi keadaan sebegini rasa macam tak seronok nak pegi keja.

dan bila dah rasa cenggini, macam rasa nak pulun keja buat side job pastu agak2 duit dah banyak dan hutang langsai(kecuali hutang rumah la kan) kendian resign. hahahaha...yeah berangan je la.

dan juga tetiba rasa cam nak masuk sume peraduan yang ada pulangan duit seperti teka bunyi radio ERA tuh. agak2 dapat beriban2 boleh la selesai kan apa yang patut.

hahahaha...apa2 je la kan. tahniah dania, kamu telah berjaya buat Ummi merepek dan berangan sahaja.