Sunday, June 2, 2013

alahai...

Salam semua...

Barulah dapat berceloteh dalam blog nih. Rasa dah bosan plak nengok skin nih. Sebab dah lama tak berblog bukan setakat masa tak mengizinkan, taaappiii sebab besar adalah kat opis dah tak boleh nak posting apa2 dah.tak tau la sejak bila PTM kementerian aku nih buat rule baru. dulu FB je skang ni dah melarat ke blog. kadang2 tu blog che det pon depa dah blocked. macam2 hal. alamatnya tak berasap berapi le blog aku nih. balik umah nak buka blog memang tak de dalam kamus hidup sebab kerja umah dah menanti.

Ini pon curi update kat umah mak di kelana jaya sambil2 buat kerja opis.hehehe...laptop pon ihsan abah punye.huhuhu...

sambung nanti...daaa

Wednesday, January 2, 2013

Hola 2013 ;)

Syukur ke hadrat Allah kerna diri ini masih berpeluang untuk melangkah ke tahun seterusnya.

Itu sahaja sudah mampu buat saya tersenyum. Jadi azam tahun ini adalah untuk sentiasa senyum dengan apa jua cabaran yang mendatang.

Yeah...untuk tahun 2013 saya telah merencanakan perpindahan. Perasaan tidak sabar untuk melangkah ke tempat lain. Cukup rasanya tiga (3) tahun menjadi warga di sini. Baiklah saya berhijrah untuk melihat dunia luar. Sebab itu lah saya berasakan syukur yang amat dan mengharapkan sinar di tempat yang baru.

Tentang anak-anak, erm mereka belum lagi memahami apa erti azam. jadi emak nya la yang tolong azamkan derang. Azam untuk anak2 ialah memperbanyakkan sesi solat berjemaah. Insya-Allah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan bacaan Yasin 2 kali sebulan. Kita letak yang rendah dulu agar bila dah capai boleh la dipertingkatkan. Harap azam ini dipermudahkan dan masa untuk keluarga seimbang dengan tuntutan kerjaya dan keluarga.

Tiba masa untuk balik. Rasa penat melihat kerja yang masih bertimbun. Harap2 semua telah menanam azam. Walaupun rambut sama hitam sudah tentu azam kita berlainan bukan?hehehe...